Sejarah Melayu Online

Friday, November 12, 2010

Raya Haji


Cakap tentang Raya Haji terbayang dengan jelas tersergam Kaabah di Kota Mekah. Sungguh menakjubkan umat manusia yang mengakui kebesaran Allah dan kebenaran Rasulullah berhimpun untuk tujuan yang sama. Di terimakah Haji kita masih jadi tanda soal.........

Apakah tanda yang dapat kita perolehi kalau haji kita adalah haji yang di terima oleh Allah. Aku pernah mendengar orang yang arif tentang ilmu akhirat berbicara. Soalannya "Apakah tandanya amalan kita di terima?" dan di saat itu juga dia memberi jawapannya. "Tanda amalan kita di terima oleh Allah adalah bila kita suka berbuatnya." Maka dari sudut lahiriah semua yang menuju ke Mekah suka pada mengerjakan Ibadah Haji. Namun dalam melaksanakan ibadah itulah bermulanya ujian yang sebenar. Di mana letaknya Kesabaran, Ketenangan dan Keyakinan dalam mengkhususkan tumpuan kita kepada Allah. Kalau 3 perkara asas itu dapat kita laksanakan, InsyaAllah kita akan dapat menuju keperingkat yang selanjutnya.

Pergi ke rumah Allah dan berharap dapat berjumpa dengan Allah.............

Tuesday, October 12, 2010

Suara Hati untuk Isteri

Tidak pernah aku menyangka
Wujud insan seperti mu
Tiap hiasan yang di kurniakan Allah
Kau hiasi hanya untuk ku

Kalau Nabi berbangga punyai Khadijah
Aku juga kan berbangga punyai dia
Mungkin perasaan tak dapat ku luahkan
Kerna ia lebih indah dari perkataan

Bagai suci dalam debu
Hilang debu sinar bercahaya
Engkau satu antara beribu
Hidup bersama mu, satu kurnia

Nanti bila tiba masa
Tiap saat kitakan bersama
Meniti hari hari tua
Hingga Allah memisahkan kita

Tapi itu bukan akhirnya
Masih ada harapan tersimpan
Semoga di akhirat kita kan bersua
Menjadi pasangan yang berkekalan.

Wednesday, October 6, 2010

Maha Pemurah


Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah. Baru sekarang aku sedar.........

Kejadian ini berlaku hampir lima tahun lalu. Waktu itu aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Seperti biasa aku menaiki motosikal melalui beberapa lebuhraya. Waktu tiu sememangnya waktu yang sibuk. Sekitar jam 7.30 malam. Tiba tiba disalah satu selekoh suasana menjadi gelap gelita. Satu kenderaan pun tidak kelihatan. Dari belakang muncul satu lampu seolah olah mengejar aku. Dengan pertolongan Allah, aku hanya tenang dan meneruskan perjalanan. Aku hanya bertawakal. Bila sudah hampir di penghujung selekoh barulah keadaan menjadi seperti sediakala. Barulah aku nampak lori, kereta , motosikal bergerak bersama. Syukur yang teramat kerana masih diberi peluang untuk hidup dan memperbaiki amalan.

Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pemurah. Jika permintaan untuk buat kejahatan Allah akan kabulkan. Demikian pula permintaan dari mereka yang bermohon perlindungan darinya juga akan dikabulkan. Kejadian yang berlaku serentak tapi mempunyai haluan yang berlainan. Jalan ke Syurga dan jalan ke Neraka. Ya Allah lindungilah aku dan keturunan ku........................

Friday, September 24, 2010

Budaya SMS


Kegunaan SMS sekarang ni bagai satu keperluan yang sukar di pisahkan. Tak kira golongan kanak kanak, remaja atau pun yang sudah separuh abad. Apa pulak kesan positifnya pada aku............

Sebagaimana dalam Surah AL 'ASHR - "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." Mungkin mulai hari ini aku akan mengunakan SMS untuk mengingatkan orang orang yang aku sayang tentang waktu solat. Tiap tiap waktu solat mereka mereka ini akan menerima sms sebagai peringatan. Kalau mereka tidak dapat dalam lingkungan waktu itu mereka pulak hantar sms kepada aku. Dan bila terima saja SMS maka kami semua akan mohon ampun kepada Allah dan RasulNya sesungguhnya kami semua sudah banyak melupakanNya. Minta ampun kepada Allah sekurang kurangnya 70 kali dalam sehari.

Aktiviti yang sehat akan membina masyarakat yang berperibadi. Dan masyarakat bermula dari sebuah rumahtangga....................

Thursday, September 23, 2010

Nafsu

Seringkali Nafsu dijadikan bahan untuk dipersalahkan. Bukankah ianya jua salah satu yang dianugerahkan kepada manusia. Bayangkan kalau manusia tiada nafsu..........

Nafsu adalah sesuatu yang unik yang dibangkitkan dalam diri manusia. Ia mengerakkan keinginan keinginan kita. Hanya ianya perlu mendapat bimbingan dengan ilmu pengetahuan. Supaya segala keinginannya menghampiri kehendak Allah dan RasulNYa. Aku tidak dapat bayangkan manusia tanpa nafsu. Kerana bagi aku segala sesuatu dijadikan dengan keinginan. Sekurang kurangnya keinginan pada mensucikan ALLAH. Sepertimana firmanNya Surah Al Isra' ayat 44 "[17:44]- Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Maka nafsu jangan dimusuhi. Bawalah ia ke jalan yang lurus...................

Tuesday, September 21, 2010

Jiwa Pemaaf

Memaafkan seseorang bukan sesuatu amalan yang mudah. Baru kini aku sedar ianya merupakan anugerah dari Allah jua............

Dalam suasana Hari Raya ini dapatlah aku melawat beberapa rumah saudara mara dan sahabat handai. Berbagai cerita yang dapat aku dengar dari mereka. Salah satunya cerita kesengsaraan waktu kanak kanak. Rupanya pengalaman itu kalau tidak dianugerahkan jiwa pemaaf akan mengakibatkan dendam yang terbuku sampai bila bila. Walau pun mulut manis pada menyatakan "Aku maafkan". Pada hakikatnya masih jua ada cebisan rasa marah yang tidak hilang walau disiram dengan air kemaafan. Tidak boleh nak salahkan sesiapa dalam perkara ini. Terpulang kepada usaha individu apa yang mereka utamakan Allah dan RasulNya atau diri sendiri.

Semoga dengan cerita cerita begini akan lebih menguatkan dan menjadikan aku berjiwa pemaaf zahir dan batin...............

Friday, September 17, 2010

Jalan Lurus


Sudah beberapa hari ni hujan sekali sekala. Bukan semua daerah mengalami hujan. Apa sebabnya ...............

Bayangkan kalau hujan ni mengadu pada Allah taala. "Ya Allah, aku asyik di salahkan saja bila aku jalankan tugas. Ada saja yang tak suka" Namun hujan tetap akan menjalankan tugasnya. Sudah menjadi lumrah manusia. Senantiasa ada yang tak setuju. Kalau pengirim surat lebih suka hari panas, mudah bagi mereka bergerak. Kalau drebar teksi suka hari hujan kerana lebih penumpang. Teringat pula satu kisah tentang Lukman dengan anaknya berjalan di pasar dengan keldainya. Bila beliau berjalan dan anaknya menunggang keldai, orang kata "anak kurang ajar". Bila dia menunggang keldai dan anaknya berjalan, orang kata "orang tua tak punya akal." Bila kedua duanya berjalan tanpa menunggang keldai, orang kata "bodoh mereka ni." Jadi apa apa keadaan pun mereka akan menyalahkan kita. Maka dari itu jika kita beramal dengan ilmu jangan peduli apa orang nak kata. Asalkan Allah dan RasulNya tahu tujuan dan maksud kita jalan terus. InsyaAllah kebenaran akan timbul dan yang batil akan lenyap.

Ada ketikanya bila berjalan kita terpaksa melalui jalan yang sukar hanya untuk menempuh jalan yang lurus. Tapi bagi mereka yang diberi ilmu pengetahuan tidak akan menuduh sebarangan. Senantiasa waspada dengan kata kata. Walaupun dalam hatinya.........

Tuesday, September 14, 2010

Doa Qunut 2

Untuk beberapa hari ni aku masih teringatkan tentang perbualan dengan pemandu teksi tempoh hari. Walaupun ada benar kata katanya namun kerana kemasyarakatan perlulah kita pertimbangkan lagi............

Tidak banyak hadis yang menceritakan tentang membaca doa qunut. Yang terbaik hanyalah yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik ra "Senantiasalah Rasulullah SAW berqunut dalam solat subuh sehingga beliau wafat" Inilah yang di jadikan dalil oleh Imam Syafie, Imam Malik dan yang lain lain. Maka dari itu menghormati pandangan ramai selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul adalah lebih baik. Janganlah sampai ilmu yang baik itu menimbulkan fitnah. Bersederhana itu di anjurkan oleh Nabi kita, jadi itulah yang aku lakukan. InsyaAllah.

Sudah lama rasanya tidak dapat mengejutkan minda untuk berfikir perkara perkara seperti ini. Alhamdulillah ianya sudah kembali.............

Monday, September 13, 2010

SiratulRahim


Tahun ini tidaklah beraya di kampung. Bukan tidak dapat cuti tapi kerana rasa tanggung jawab pada mertua yang bersendirian di petang raya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik...........

Berkunjung kerumah sanak saudara sememangnya menjadi kebiasaan dalam suasana menyambut Eid Mubarak ini. Tujuan yang mulia iaitu mengeratkan Siratul Rahim. Hubungan Kasih. Sebenarnya aku sendiri malu untuk mengakui aku dapat mengeratkan Siratul Rahim apabila berkunjung kerumah mereka. Sebab soal hati. Berapakah markah kejujuran dan keiklasan kita dalam mengamalkam hubungan kasih ini. Walaupun dalam suasaan Raya ni ada juga yang bermuka muka, ada yang yang tak suka bertemu, ada yang mementingkan diri dan berbagai ragam lagi. Namun tiap berhadapan keadaan sebegini perlulah kita memaafkan dan mendoakan mereka supaya dimasa hadapan mereka itu berubah. Sehingga menjadi yang lebih baik demi untuk meramaikan UMAT MUHAMMAD yang sah dan benar.

Bagi aku semoga aku dan keluarga ku senantiasa dapat menjalin hubungan kasih sepanjang zaman..............

Wednesday, September 8, 2010

Doa Qunut


Dari bengkel kereta ke pejabat aku menaiki teksi. Entah kenapa tak ada topik utk berbual. Aku pun hanya mendiamkan diri. Tiba tiba skrin LCDnya menunjukkan ada banjir di CTE Havelock Road. Mula dengan topik banjir tulah rancak kami berbual. Cerita Doa Qunut.......

Pemandu teksi ni suka mendengar radio dari stesen Batam. Dan banyaklah yang dia pelajari dari apa yang dia dengar. Stesen radio ni pula hanya mengendalikan rancangan bercorak keagamaan. "Mengikut salah seorang ustaz di radio ni, kita tak payah baca doa qunut waktu sembahyang subuh. Kerana tidak ada hadis yang menerangkan. Yang ada hanya pada sembahyang witir." Aku menyetujui kata kata tu. Tidak sedikit pun merasa sesuatu yang janggal. Aku pun menguatkan lagi dengan hadis yang pernah aku baca. "Sesuatu yang baru itu bidah, Bidah membawa kepada kesesatan dan kesesatan itu membawa ke neraka" Beliau pun membenarkan kata kata itu.

SubhanAllah. Tidak kira dimana dan bila bila masa pun jika Allah mengkehendaki kita mengenaliNya dia akan bekalkan kita dengan ilmu yang seni seni. Dengan ilmu itu kita dapat melihat akan kebesaran Allah walaupun hanya memandang daun hijau yang gugur dari pohon..............

Monday, September 6, 2010

Lebaran


Dalam beberapa hari lagi Syawal akan tiba. Kita semua akan menyambut Hari Raya. Bulan Ramadan yang penuh berkah ini akan kita tinggalkan. Dapatkah bertemu lagi.......

Aku masih ingat lagi saat tibanya Ramadan tahun ini. Dapat saja aku melangkah dalam bulan Ramadan ini aku rasa bersyukur sangat. Kerana aku berharap sangat bertemu Ramadan kali ini. Sebab hanya dalam bulan inilah ada amalan Zakat Fitrah. Alhamdulillah tahun ini aku dapat mengeluarkan Zakat Fitrah bukan hanya sekadar mengeluarkan wang saja tapi dengan rasa kepuasan mengeluarkan.

Pernah suatu ketika dulu aku tidak mampu mengeluarkan Zakat. Yang ada pada aku masa itu hanyalah 2 helai baju kemeja yang baik. Tiba masa mengeluarkan zakat aku memilih baju yang terbaik dari antara 2 helai tu. Apabila zakat itu dapat sampai ke tangan si penerima aku dapat rasa kepuasan itu. Dan pada tahun ini aku dapat rasakan ianya sekali lagi. ALHAMDULILLAH.............................

Tuesday, August 31, 2010

10 Malam terakhir



Entah kenapa hari ini perut betul betul terasa lapar. Tidak seperti hari hari yang lain semasa berpuasa dalam bulan Ramadan. Siap berbunyi lagi. Kiat... Kiut.. Kriat.... Keriut.... bunyinya. "Cobaan." Apa apa pun "Cobaan" Pinjam dialog Pendekar Bujang Lapok.......

Pejam Celik Pejam Celik dah sampai di bahagian ketiga dalam bulan Ramadan. Malam malam dimana ada tersembunyi anugerah terbesar dari Allah. Beruntunglah siapa yang perolehinya. Juga tidak rugi mereka yang hanya dapat melalui 10 malam yang terakhir dengan rasa reda dan ikhlas beribadah kerana ALLAH. Teringat pulak sebuah hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW "Segalanya baik bagi orang mukmin. Apa bila di timpa kesusahan dia sabar. Itu baik baginya. Apa bila di beri kesenangan dia bersyukur. Itu juga baik baginya." Jadi kalau tak dapat malam LailaTul Qadar tu sabarlah dan mereka yang dapat tu bersyukurlah.

Kurnian Allah bukan ada batasan. Tak dapat di dunia mungkin di beri di akhirat. Di beri di akhirat itukan lebih baik dan kekal. Sama samalah kita tunggu.........

Friday, August 27, 2010

Zakat Fitrah


Jadi tanda soal pula kenapa zakat fitrah di sini ada dua harga. Di tempat lain tak ada ke harga beras atau makanan asas yang berbeza harga. Ehmmmmmmmmmmmm.......

Walaubagaimana pun kewajipan sebagai seorang muslim sewajarnya di laksanakan. Keluarkan zakat harta dan keluarkan zakat fitrah. Saya pernah di pesan oleh seorang Alim
1)Bagi zakat harta 2.5% dari pendapatan. Sebaiknya di keluarkan setiap bulan supaya tidak merasa berat.
2)Bagi zakat fitrah pula adalah keluarkan sebagaimana belanja makan kita dalam sehari.
Alhamdulillah setelah mengikutinya jiwa ini rasanya semangkin tenang dan tenteram. Sesungguhnya benarlah firman Allah dalam surah At Taubah ayat 103 "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo'alah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketemteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Terima Kasih Allah, terima kasih Nabi Muhammad RasulAllah dan terima kasih kerana melahirkan aku dari pasangan muslim. Mudah mudahan sampai akhir hayat ku dan keluarga ku dalam Islam yang Sah dan Benar. Amin..................

Tuesday, August 17, 2010

Ramadan


Bulan Ramadan sudah kembali. Bulan mulia yang dikatakan di tunggu tunggu oleh umat Islam. Tapi kembalinya ia kali ini untuk apa............

Selama bertahun tahun mengamalkan puasa di bulan Ramadan, aku masih bertanya soalan ini hampir setiap tahun. Kembalinya Bulan Ramadan kali ini untuk apa? Kerana bagi pendapat aku dari apa yang aku rasa ketibaannya senantiasa punya rasa yang berbeza. Tahun ini aku rasakan kekosongan. Mungkin perasaan ini biasa kerana kehilangan seseorang yang akan kita lawati selepas bulan ramadan. Tapi kewajipan seorang hamba perlu dilaksanakan. Just Do It. Macam motto NIKE. Barulah ada kenaikkan martabat. Itu pun di ukur dari sudut reda dan ikhlas dalam berbuat amalan.

Harapan setiap pengamal dalam bulan Ramadan ialah bertemu dengan Malam Laila Tul Qadar. Begitu juga aku. Namun aku yakin benar Malam seperti itu kalau Allah kehendaki boleh wujud bila bila masa saja. Tak kira Ramadan atau tidak. Jadi selalulah berbuat amalan yang baik. Kerana kurnia dari Allah itu tiada batas............

Thursday, August 5, 2010

Umrah


Bila duduk sendiri macam ni....... teringat masa di mekah. Dulu kalau orang ke mekah beberapa kali aku jadikan ia tanda soal yang besar. Sekarang ni baru tahu............

Benarlah kata mereka yang sudah kesana. "Rasa macam nak pergi lagi" Suasana yang tenang damai. Bukan saja luaran tapi juga sudut dalaman. Dlm fikiran tiada lain hanya ingin buat seberapa banyak ibadah. Macam jumpa kekasih. Dah keluar dari rumahnya masih juga terjenggok jenggok bumbung rumahnya. Kalau boleh nak senantiasa ada dalam rumahnya.

Mudah mudahan Allah beri kesempatan lagi utk kesana. Berharap.............

Wednesday, August 4, 2010

Kurang Sihat

Sudah dua hari ni rasa kurang sihat. Pulang dari kerja pula asyik lewat. Jadi tak dapat rehat yang cukup. Tapi bila di fikirkan kembali............

Aku bermohon pada Allah supaya di berikan kekuatan jiwa. Kalau kurang sihat pun aku pergi kerja maka tiada alasan untuk tidak beramal ibadah kalau kurang sihat. Takkanlah kerana dapat gaji nyata, tak sihat pun pergi kerja tetapi gaji ghaib, kurang sihat tak mahu buat kerja. Ishh ishh ishh...........sugguh tak adil. Nasib kita ni semua sangat baik. Di beri peluang lagi untuk hidup dan perbetulkan kesilapan. Bayangkan kalau buat silap saja di hukum sampai mati. Kosong dunia............

Mudah mudahan beberapa hari lagi sihatlah. Nak sambut 'National Day' kat luar negeri ni. Jadi tak bolehlah sakit sakit. Betulkan.............

Monday, August 2, 2010

Kematian

Mahu atau tidak apa bila sampai masa tetap akan berpisah roh dari jasad. Itulah berita sedih yang aku lalui hujung minggu lalu.........

'Mak Besar' itulah panggilan kami adik beradik kepada makcik kami. Tempat di mana kami berkumpul di hari raya pertama. Nampaknya tahun ni............tak tahu lagi. Beliau ni suka berseloroh bila berjumpa dengan aku. Tak tahu kenapa tapi itulah yang sering terjadi. Ada saja yang nak dijadikan bahan gelak. Tapi lain hal keadaan bila beliau berdepan dengan anak cucunya. So serious........... Mungkin itulah yang terbaik utk keluarganya. Tak boleh nak komen ttg tu sbb tak tiggal di bawah satu bumbung. Semoga kepulangannya adalah kepulangan yang di rahmati. Bagi kami yang masih hidup ni Teruskanlah hidup. Jauhkan dari controversi tingkatkan pritasi. Macam cogan kata Melodi pulak dah.

Untuk diri sendiri dan keluarga mudah mudahan dapat keampunan dan keredaan dari Allah semoga kembalinya kami adalah kembali yang di redai. Sebagaimana yang di katakan "Wahai jiwa yang tenang tenteram kembalilah kepada tuhan mu dalam keadaan redha dan di redhai" Terus berharap dan berusaha.............

Friday, July 30, 2010

Kejar awan hitam


Pagi ni dari rumah dah nampak awan gelap semankin menjadi pekat. Mungkin tak lama lagi hujan akan turun. Jadi misi hari ni berkejaran dengan awan hitam...........

Aku hidupkan injin motorsikal tanpa tunggu lagi lansung saja melungsur. Awan gelap sudah berada di hadapan. Nasib baik lampu trafik hijau semua. Dapatlah meneruskan misi mengejar awan hitam. Setitis demi setitis air hujan mula turun. Apa lagi laju yang maksimalah. Akhirnya berjaya meninggalkan awan hitam di belakang.

Setelah aku sampai ke tempat tugas barulah awan hitam tu tiba. Dia bawa bersama hujan yang lebat. Jauh di dalam hati, ku ucapkan "Alhamdulillah" Kerana tiada yang menjadi batas antara manusia dengan hatinya melainkan ALLAH.

Apa apa pun segala kemungkinan boleh terjadi dengan izinNya jua..........

Thursday, July 29, 2010

THAHA

Semalam aku ada banyak masa untuk membaca. Surah THAHA. Ayat Al Quran yang di baca oleh Saidina Omar ketika marahnya memuncak..........

Sungguh benarlah ayat ayat Al Quran mempunyai keunikkan yang tersendiri. Bayangkanlah. Bukan baru ini aku membaca terjemahan surah Thaha tapi entah kenapa aku rasa baru inilah aku faham mengapa lembut hati Saidina Omar bila membaca ayat ayat dari surah ini. Setelah baca beberapa ayat saja jiwa ni rasa sebak.

20. THAHA
[20:1]- Thaahaa.
[20:2]- Kami tidak menurunkan al-Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah,
[20:3]- tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
[20:4]- yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[20:5]- (Yaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arsy.
[20:6]- Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.
[20:7]- Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia yang telah tersembunyi.
[20:8]- Dialah Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al-asmaaul husna (nama-nama yang baik).

Ketika aku membaca ayat kedua saja sudah rasa sebaknya. Betapa tidaknya. Allah yang menjadikan aku, menghidupkan aku, memberi aku rezeki, menunjukkan jalan kembali kepadaNya tetapi sedikit sekali aku rasa bersyukur. Segala galanya sudah di beri. Hanya perlu kata "Thank you ALLAH" dengan jiwa dan raga.

Sememangnya benarlah kataNya. Jika tanpa kemurahan rahmatNya tiada seorang manusia pun yang akan bersih dari dosanya........

Wednesday, July 28, 2010

Kiamat hari Jumaat

Baru sebentar tadi aku terima email berkenaan Kiamat jadi hari Jumaat. Sudah aku baca isi kandungannya memang baik sebagai peringatan tapi..........

Tidak pernah pula terlintas satu ayat pun dari Al Quran yang mengatakan "bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT". Belum, belum dan belum pernah. Selain dari itu email ini membawa 'message' yang baik. Mungkin beginilah terdapatnya hadis hadis palsu dan lemah. Kerana mereka yang benar benar hafal sabda Nabi Muhammad SAW ramai yang sudah meninggal dunia. Hadis hadis pula di kumpulkan setelah lebih kurang 300 tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW. Bayangkan 300 ratus tahun baru di kumpulkan. Sedangkan kita nak ingat kata kata pesanan dari guru kita di sekolah rendah pun terkial kial inikan pula 300 tahun...............

Kalau menurut pandangan peribadi, Hadis yang isinya bercanggah dengan Al Quran wajarlah di tolak. Kerana bagi aku Allah tidak akan lupa dalam memberi peringatan kepada hamba hamba Nya. Bukan bermakna aku menolak hadis tapi isi hadis yang mana di dakwa sabda Nabi Muhammad SAW tetapi bercanggah dengan Al Quran adalah sesuatu yang tak wajar di terima. Nabi Muhammad SAW tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang tidak selari dengan kehendak Allah.

Walau bagaimanapun itu adalah pandangan peribadi saja. Sesiapa pun layak percaya atau menolak. Semua itu menurut fahaman masing masing. Betul tak...............

Ibu Bapa

Di bulan bulan yang menghampiri bulan Ramadan ni seolah semangkin kuat ingatan pada arwah kedua orang tua ku. Setelah ketiadaan mereka aku merasakan rindu....................................yang teramat.

Mujurlah Allah taala adakan mimpi. Ianya bagi aku salah satu pengobat rindu. Mimpi bertemu arwah orang tua, aku rasa macam huh............... 'BEST' sangat. Tapi tulah kekadang mimpi indah kekadang mimpi kurang enak. Tapi apa pun itu merupakan kurnia dari Allah. Sewajarnya kita sebagai hamba bersyukur.

BAPA kita lah yang mengandung kita terlebih dahulu sebelum ibu. Aku amat bersyukur kerana benih itu di tanam di tempat yang halal. Di kandung pula oleh seorang wanita yang baik dan penyabar. Sanggup berkorban dalam memegang amanah sebagai seorang IBU. Tali pusat yang menghubungkan antara aku dan ibu merupakan perhubungan yang hakiki. Kesakitan, penderitaan, kesukaran aku sedikit sebanyak dapat di rasakan oleh IBU. Sungguh menakjubkan segala ciptaan Allah. Segala sesuatu yang di jadikan tidak sia sia. Aku kini mengerti mengapa Allah perintahkan pada kita supaya menghormati kedua orang tua.

Pengalaman dalam menjalin hubungan diantara kita dengan kedua orang tua kita memainkan peranan penting untuk menjadikan kita hamba Allah yang bagaimana......................

Wednesday, January 20, 2010

Percaya atau tidak

Percaya atau tidak dah 9 bulan tak menulis. Kalau pasangan yang mengharapkan seorang cahaya mata mungkin sudah masa menimangnya. Tapi tulah masa. Kalau tak di atur dan di hargai berlalu pantas dan tak akan kembali.............

Untuk beberapa ketika ni aku banyak membicarakan soal rezeki, jodoh dan ajal maut. Itu adalah beberapa perkara yang senantiasa manusia seperti menyalahkan Tuhan jika terjadi sebalik yang di inginkan oleh mereka. Sebabnya 3 perkara tu di tangan Tuhan.

Entah macammana di benak ini terfikir pulak. Benar ia nya di tangan Tuhan tapi bila 3 perkara tu di letakkan di tangan kita apa pula yang akan kita lakukan.

Bila REZEKI di berikan. Sudahkah kita agihkan hak hak yang terkandung didalamnya?
Bila JODOH tiba. Bukankah kita punya pilihan untuk menerima atau menolak?
Bila MAUT sampai. Tidakkah ianya penempatan dari amalan yang kita pilih?

ALLAH MAHA ADIL. Diberi kemerdekaan dalam membuat pemilihan. Jalan telah pun dibentang. Berjalanlah dengan sebaik baiknya.............