Sejarah Melayu Online

Friday, September 24, 2010

Budaya SMS


Kegunaan SMS sekarang ni bagai satu keperluan yang sukar di pisahkan. Tak kira golongan kanak kanak, remaja atau pun yang sudah separuh abad. Apa pulak kesan positifnya pada aku............

Sebagaimana dalam Surah AL 'ASHR - "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." Mungkin mulai hari ini aku akan mengunakan SMS untuk mengingatkan orang orang yang aku sayang tentang waktu solat. Tiap tiap waktu solat mereka mereka ini akan menerima sms sebagai peringatan. Kalau mereka tidak dapat dalam lingkungan waktu itu mereka pulak hantar sms kepada aku. Dan bila terima saja SMS maka kami semua akan mohon ampun kepada Allah dan RasulNya sesungguhnya kami semua sudah banyak melupakanNya. Minta ampun kepada Allah sekurang kurangnya 70 kali dalam sehari.

Aktiviti yang sehat akan membina masyarakat yang berperibadi. Dan masyarakat bermula dari sebuah rumahtangga....................

Thursday, September 23, 2010

Nafsu

Seringkali Nafsu dijadikan bahan untuk dipersalahkan. Bukankah ianya jua salah satu yang dianugerahkan kepada manusia. Bayangkan kalau manusia tiada nafsu..........

Nafsu adalah sesuatu yang unik yang dibangkitkan dalam diri manusia. Ia mengerakkan keinginan keinginan kita. Hanya ianya perlu mendapat bimbingan dengan ilmu pengetahuan. Supaya segala keinginannya menghampiri kehendak Allah dan RasulNYa. Aku tidak dapat bayangkan manusia tanpa nafsu. Kerana bagi aku segala sesuatu dijadikan dengan keinginan. Sekurang kurangnya keinginan pada mensucikan ALLAH. Sepertimana firmanNya Surah Al Isra' ayat 44 "[17:44]- Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Maka nafsu jangan dimusuhi. Bawalah ia ke jalan yang lurus...................

Tuesday, September 21, 2010

Jiwa Pemaaf

Memaafkan seseorang bukan sesuatu amalan yang mudah. Baru kini aku sedar ianya merupakan anugerah dari Allah jua............

Dalam suasana Hari Raya ini dapatlah aku melawat beberapa rumah saudara mara dan sahabat handai. Berbagai cerita yang dapat aku dengar dari mereka. Salah satunya cerita kesengsaraan waktu kanak kanak. Rupanya pengalaman itu kalau tidak dianugerahkan jiwa pemaaf akan mengakibatkan dendam yang terbuku sampai bila bila. Walau pun mulut manis pada menyatakan "Aku maafkan". Pada hakikatnya masih jua ada cebisan rasa marah yang tidak hilang walau disiram dengan air kemaafan. Tidak boleh nak salahkan sesiapa dalam perkara ini. Terpulang kepada usaha individu apa yang mereka utamakan Allah dan RasulNya atau diri sendiri.

Semoga dengan cerita cerita begini akan lebih menguatkan dan menjadikan aku berjiwa pemaaf zahir dan batin...............

Friday, September 17, 2010

Jalan Lurus


Sudah beberapa hari ni hujan sekali sekala. Bukan semua daerah mengalami hujan. Apa sebabnya ...............

Bayangkan kalau hujan ni mengadu pada Allah taala. "Ya Allah, aku asyik di salahkan saja bila aku jalankan tugas. Ada saja yang tak suka" Namun hujan tetap akan menjalankan tugasnya. Sudah menjadi lumrah manusia. Senantiasa ada yang tak setuju. Kalau pengirim surat lebih suka hari panas, mudah bagi mereka bergerak. Kalau drebar teksi suka hari hujan kerana lebih penumpang. Teringat pula satu kisah tentang Lukman dengan anaknya berjalan di pasar dengan keldainya. Bila beliau berjalan dan anaknya menunggang keldai, orang kata "anak kurang ajar". Bila dia menunggang keldai dan anaknya berjalan, orang kata "orang tua tak punya akal." Bila kedua duanya berjalan tanpa menunggang keldai, orang kata "bodoh mereka ni." Jadi apa apa keadaan pun mereka akan menyalahkan kita. Maka dari itu jika kita beramal dengan ilmu jangan peduli apa orang nak kata. Asalkan Allah dan RasulNya tahu tujuan dan maksud kita jalan terus. InsyaAllah kebenaran akan timbul dan yang batil akan lenyap.

Ada ketikanya bila berjalan kita terpaksa melalui jalan yang sukar hanya untuk menempuh jalan yang lurus. Tapi bagi mereka yang diberi ilmu pengetahuan tidak akan menuduh sebarangan. Senantiasa waspada dengan kata kata. Walaupun dalam hatinya.........

Tuesday, September 14, 2010

Doa Qunut 2

Untuk beberapa hari ni aku masih teringatkan tentang perbualan dengan pemandu teksi tempoh hari. Walaupun ada benar kata katanya namun kerana kemasyarakatan perlulah kita pertimbangkan lagi............

Tidak banyak hadis yang menceritakan tentang membaca doa qunut. Yang terbaik hanyalah yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik ra "Senantiasalah Rasulullah SAW berqunut dalam solat subuh sehingga beliau wafat" Inilah yang di jadikan dalil oleh Imam Syafie, Imam Malik dan yang lain lain. Maka dari itu menghormati pandangan ramai selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul adalah lebih baik. Janganlah sampai ilmu yang baik itu menimbulkan fitnah. Bersederhana itu di anjurkan oleh Nabi kita, jadi itulah yang aku lakukan. InsyaAllah.

Sudah lama rasanya tidak dapat mengejutkan minda untuk berfikir perkara perkara seperti ini. Alhamdulillah ianya sudah kembali.............

Monday, September 13, 2010

SiratulRahim


Tahun ini tidaklah beraya di kampung. Bukan tidak dapat cuti tapi kerana rasa tanggung jawab pada mertua yang bersendirian di petang raya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik...........

Berkunjung kerumah sanak saudara sememangnya menjadi kebiasaan dalam suasana menyambut Eid Mubarak ini. Tujuan yang mulia iaitu mengeratkan Siratul Rahim. Hubungan Kasih. Sebenarnya aku sendiri malu untuk mengakui aku dapat mengeratkan Siratul Rahim apabila berkunjung kerumah mereka. Sebab soal hati. Berapakah markah kejujuran dan keiklasan kita dalam mengamalkam hubungan kasih ini. Walaupun dalam suasaan Raya ni ada juga yang bermuka muka, ada yang yang tak suka bertemu, ada yang mementingkan diri dan berbagai ragam lagi. Namun tiap berhadapan keadaan sebegini perlulah kita memaafkan dan mendoakan mereka supaya dimasa hadapan mereka itu berubah. Sehingga menjadi yang lebih baik demi untuk meramaikan UMAT MUHAMMAD yang sah dan benar.

Bagi aku semoga aku dan keluarga ku senantiasa dapat menjalin hubungan kasih sepanjang zaman..............

Wednesday, September 8, 2010

Doa Qunut


Dari bengkel kereta ke pejabat aku menaiki teksi. Entah kenapa tak ada topik utk berbual. Aku pun hanya mendiamkan diri. Tiba tiba skrin LCDnya menunjukkan ada banjir di CTE Havelock Road. Mula dengan topik banjir tulah rancak kami berbual. Cerita Doa Qunut.......

Pemandu teksi ni suka mendengar radio dari stesen Batam. Dan banyaklah yang dia pelajari dari apa yang dia dengar. Stesen radio ni pula hanya mengendalikan rancangan bercorak keagamaan. "Mengikut salah seorang ustaz di radio ni, kita tak payah baca doa qunut waktu sembahyang subuh. Kerana tidak ada hadis yang menerangkan. Yang ada hanya pada sembahyang witir." Aku menyetujui kata kata tu. Tidak sedikit pun merasa sesuatu yang janggal. Aku pun menguatkan lagi dengan hadis yang pernah aku baca. "Sesuatu yang baru itu bidah, Bidah membawa kepada kesesatan dan kesesatan itu membawa ke neraka" Beliau pun membenarkan kata kata itu.

SubhanAllah. Tidak kira dimana dan bila bila masa pun jika Allah mengkehendaki kita mengenaliNya dia akan bekalkan kita dengan ilmu yang seni seni. Dengan ilmu itu kita dapat melihat akan kebesaran Allah walaupun hanya memandang daun hijau yang gugur dari pohon..............

Monday, September 6, 2010

Lebaran


Dalam beberapa hari lagi Syawal akan tiba. Kita semua akan menyambut Hari Raya. Bulan Ramadan yang penuh berkah ini akan kita tinggalkan. Dapatkah bertemu lagi.......

Aku masih ingat lagi saat tibanya Ramadan tahun ini. Dapat saja aku melangkah dalam bulan Ramadan ini aku rasa bersyukur sangat. Kerana aku berharap sangat bertemu Ramadan kali ini. Sebab hanya dalam bulan inilah ada amalan Zakat Fitrah. Alhamdulillah tahun ini aku dapat mengeluarkan Zakat Fitrah bukan hanya sekadar mengeluarkan wang saja tapi dengan rasa kepuasan mengeluarkan.

Pernah suatu ketika dulu aku tidak mampu mengeluarkan Zakat. Yang ada pada aku masa itu hanyalah 2 helai baju kemeja yang baik. Tiba masa mengeluarkan zakat aku memilih baju yang terbaik dari antara 2 helai tu. Apabila zakat itu dapat sampai ke tangan si penerima aku dapat rasa kepuasan itu. Dan pada tahun ini aku dapat rasakan ianya sekali lagi. ALHAMDULILLAH.............................