Sejarah Melayu Online

Monday, October 3, 2011

Maafkan Aku


Engkau tidak ku dakap
Wajah mu tidak ku tatap
Tegur mu tidak ku endah
Namun kita masih bersama

Aku lupa korban mu setinggi langit
Kau bentang kesenangan seluas bumi
Mengapa kasih ku tidak terbangkit
Membalas sayang mu yang murni

Jika tika ini aku menangis
Apakah silap ku akan terhakis
Jika disaat ini kita terpisah
Akulah yang akan gelisah

Engkau terbunuh dalam tawa ku
Engkau sepi dalam riang ku
Bisakah ku sentuh hujung jari mu
Kembali merasa seni cinta mu……….

Wednesday, April 13, 2011

Hanya Satu Jalan Kembali


Bongkar selarat rasa
Kupas keindahan cinta
Tapi bertanyalah ianya kerana siapa
Kerana Aku atau kerana Dia

Dambaan rasa amat tinggi
Dikala mencari Cinta sejati
Bertanyalah pada diri
Aku atau Dia yang dicari

Kira Aku mencari Dia
Zahirkah ia dengan rupa
Jika Aku mencari Aku
Saat bertemu saat terpaku

Siapa yang mengherit masa
Hingga Dia tidak ku jumpa
Siapa yang henti mencari
Hingga Dia tidak diingati.

Lupa pada diri
Lupa pada janji
Lupa kemana kan pergi
Maka lupa jalan kembali......

Friday, March 25, 2011

Biarkan Nabi Hidup

Banyak kali diceritakan dalam Al Quran kaum kaum yang membunuh nabi. Adakah kita terlepas dari tergolong dalam golongan kaum itu.................

Aku kira kita juga tidak terlepas dari perbuatan membunuh Nabi. Nabi jua manusia seperti kita. Diberi PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI. Dan Nabi tahu bersyukur. Maka dari itulah Nabi adalah mereka yang terselamat dan diberi Rahmat dengan ampun dan redha. Nabi adalah contoh yang terbaik. Apa yang di Perdengarkan dan di Perlihatkan oleh Allah kepada Nabi sudah pun di sampaikan kepada kita berupa ayat ayat di dalam Al Quran. Pernah mereka bertanyakan bagaimanakah akhlak Nabi. Jawabnya Al Quran. Kerana itu aku rasa kalau kita tidak mahu mengikuti pesanan dan teguran yang tersurat dalam Al Quran samalah kita sudah membunuh Nabi. Tidak mahu menjejaki apa yang beliau Dengar, Pandang dan Rasa. Nanti di akhirat buta dan tulilah kita. Bagaimana mahu melangkah...

Mudah mudah Allah beri aku kekuatan melaksanakan tanggung jawab seorang hamba dan umat RasulNya yang sah dan benar..........................

Tuesday, February 1, 2011

VideoCam


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya." Surah Al Isra' ayat 36. Berkali kali sudah aku baca ayat ini tetapi baru semalam ianya menjadi pengertian yang penuh makna...........

Rupa rupanya 'VideoCam' sudah lama wujud dalam diri Setiap apa yang kita pandang, dengar dan rasa semuanya dirakam dengan rakaman yang amat canggih. 'VideoCam' merakam bukan saja apa yang dipandang dan di dengar malahan apa yang dirasa juga dapat di rakam dengan sebaik baiknya.

Maka nanti suatu ketika berlakulah apa yang di firmankan dalam Al Quran ayat 14 Surah Al Isra' "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisap terhadapmu". Barulah dapat tahu tempat tnggal yang kekal.

Berhati hati dengan apa yang diPANDANG, DENGAR dan RASA. Kerana ianya akan dirakam selagi jasad ini diberi daya......................

Tuesday, January 11, 2011

Aku seorang Muslim


AKU SEORANG MUSLIM. Setiap hari ini adalah antara kalimat yang kita baca. Tapi di manakah letak kebenarannya...

Rasa malu selalu menampar wajah aku sendiri. Hanya kerana cakap tak serupa buat. Sebagai seorang manusia aku akur bahawa kita tidak terlepas dari berbuat kesilapan. Tetapi kesilapan yang berulang ulang bukankah ianya satu kesalahan. Bersyukur aku kehadirat Allah kerana Al Quran itu masih terpelihara dan dalam terjemahan berbagai bahasa. Terpulang kepada kitalah untuk menghargainya dengan penghayatan yang tulus ikhlas.

Selalu aku bermohon kepada Allah "Ya Allah, Untuk aku menerima wahyu sebagaimana Nabi Muhammad rasul mu itu mungkin sesuatu yang mustahil. Maka dari itu aku bermohon kepada engkau Ya Allah Ya Tuhan ku engkau bimbinglah aku dengan kalam mu yang sudah tersurat di dalam Al Quran supaya aku tidak sesat Zahir dan Batin, di dunia ini dan di akhirat kelak." Amin.................................