Sejarah Melayu Online

Tuesday, December 3, 2013

Chatting dengan YM

Waktu menunggu semalam teramat lama. Namun didalam penantian itulah zahirnya Rahmat dari Allah.........

Sebagai manusia biasa ada masanya aku juga mengeluh. Ada masanya kerana pekerjaan. Ada masanya kerana kelakuan orang orang disekeliling. Namun semalam aku mengeluh kerana badan aku terasa gatal gatal. Kalau ikutkan hati mahu saja aku garu hingga melecet. Dimasa aku mengeluh tu aku juga sedang menonton youtube "Chatting dengan YM". Tajuknya aku kurang pasti. Tapi yang pasti bila terbitnya keluhan dalam hati aku, tiba tiba Ustaz Yusuf Mansor kata yang lebih kurang bunyinya begini. "Ada satu hadis yang amat terkesan pada saya. Satu hadis Qudsi dari Nabi Muhammad SAW. Katanya Allah berfirman JIKA KAMU TAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KU, TAK SABAR DENGAN UJIAN KU DAN TAK DAPAT REDHA DENGAN KEPUTUSAN KU, MAKA CARILAH LAIN BUMI DAN LANGIT UNTUK BERTEDUH DAN CARILAH LAIN TUHAN SELAIN AKU." Saat aku mendengar kalimat kalimat itu tanpa rasa malu aku menangis macam budak budak. Kesal kerana terbit rasa keluhan dalam hati aku. Mana mungkin aku mencari lain tuhan setelah aku mengucap dua kalimah syahadat. Mana mungkin aku mencari lain langit untuk berteduh sedang aku sangat meyakini bahawa Dialah yang menjadikan segalanya...............

Maka kata kata itu juga terkesan dalam hati saya. Astaghafirullah......................................

Thursday, December 20, 2012

Kota Paris

Kabar yang indah sering membawa impian impian yang sempurna. Tapi kenyataannya................

Sebagai pelancung kami menginap disalah sebuah rumah tumpangan berhampiran Menara Eiffel. Selepas selesai bersihkan diri dibilik kami menuju ke menara yang terkenal tu. Sememangnya ramai pengunjung. Jika ingin naik ke puncak menara kena beratur panjang untuk dapatkan tikitnya. Kerana kami semua tak sanggup maka kami sekeluarga membeli tikit 'boat cruise" saja. Disinilah terjadi kejadian yang tidak dapat kami lupakan. Isteri aku hampir menjadi mangsa pencopet. Mujurlah salah seorang anak perempuan aku sedar dan dapat menghentikan niat jahat mereka.

Sesuatu yang pelik berlaku dalam diri aku pada masa tu. Tidak sedikit pun ada perasaan marah atas kejadian itu. Alam pada masa itu aku rasa sunyi. Walaupun aku dapat memandang keluarga aku dalam keadaan kekecohan. Aku hanya berharap semuanya selamat.

Sampai sekarang aku tidak pandang kejadian itu satu musibah sebaliknya ianya peringatan. Berhati hati walau dimanapun kita berada. Sekalipun berada dibumi Mekah...............

Wednesday, October 31, 2012

DEEPAVALI

Tiap tahun bila datangnya Deepavali orang yang aku paling ingat ialah MAK. Betapa rindunya aku bila terbayangkan wajahnya.........................

"Abang kau tak balik nampaknya" itulah kata katanya pada adik adik aku. Entah kenapa aku tidak gunakan hari cuti tu menziarahnya. Mungkin kerana itu penyesalan tidak pernah padam dalam diri ini. Betapa pun aku memberi sebab untuk tutup kesilapan itu ianya tetap wujud.

Masih segar dalam ingatan kali terakhir berjumpa mak. Sewaktu dia masih sehat. Aku sentuh pipinya dan aku cium lututnya memohon ampun sekiranya masih ada salah dan silap. "Dahlah Din, mak dah maafkan" Kata kata maaf tulah yang selama ini jadi penawar untuk aku lalui hari penyesalan aku. Namun masih rindu untuk menyentuh pipinya dan mencium lututnya lagi...................................

Friday, August 24, 2012

Jalan Cerita


Aku selalu menasihati anak anak supaya selalu membaca Quran. Bukan sekadar gaya baca tapi lebih dari itu.............

Sebagai bekal untuk kita bertemu dengan Allah dan KekasihNya di tinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnah. Bagi pendapat aku kedua dua itu adalah satu juga. Al quran menjelaskan jalan cerita. Sunnah adalah cara Nabi melakonkan jalan cerita versi Nabi Muhammad SAW. Dan versi Nabi adalah sebaik baik versi.

Aku adalah antara peminat Shahrukh Khan. Kerana kebijaksanaan beliau memainkan peranan sesebuah cerita itu menjadikan ia menarik. Walaupun ditonton berkali kali tiada perkataan jemu kita temui.Umpamanya cerita "Kabhi Khushi Kabhie Gham". Hilang kiraan berapa kali aku tonton cerita ni. Tapi ianya bukan berakhir disitu. Aku ambil pendekatan yang sama tapi bahan yang berbeza. AL QURAN. Jika kita menonton cerita, tumpuan kita adalah kepada pelakon utamanya. Kita akan faham jalan cerita tapi kurang penelitian akan seni yang diterapkan oleh pengarah. Contohnya pelakon latar, suasana sekeliling dan sebagainya. Jadi kalau kita menonton untuk kali kedua dan berikutnya kita akan lebih berani melihat itu semua. Barulah dapat penghayatan yang lebih.

Begitulah juga halnya dengan membaca Al Quran. Pertama membaca kemudian mengerti, faham dan hayati. Bila sudah dapat penghayatan barulah dapat kita cuba jiwai sepenuhnya. Jalan cerita dari Al Quran tapi lakonan versi kita dengan garis pandu dari versi Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, June 12, 2012

Harapan


Ingin ku buka pintu syurga
Tapi di tangan kunci neraka
Betapa pun sabar aku mencuba,
Pintu tetap tertutup jua

Aku mengaku menjadi hamba
Perilaku bagaikan raja
Tingkah tidak terpenjara
Hajat dunia sungguh selera

Apakah ada erti hidup
Disetiap udara yang dihirup
Disetiap jantung yang berdegup
Jika hati rapat tertutup

Bisakah hanya menunggu waktu
Datang panggilan sampai seru
Dapatkah bertahan jika dijemput
Mendengar salam Malaikat maut

Ampunilah aku yang banyak dosa
Bimbinglah aku kejalan sempurna
Bertemu dengan Mu amat ku damba
Engkaulah Allah tuhan yang Esa.