
Aku selalu menasihati anak anak supaya selalu membaca Quran. Bukan sekadar gaya baca tapi lebih dari itu.............
Sebagai bekal untuk kita bertemu dengan Allah dan KekasihNya di tinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnah. Bagi pendapat aku kedua dua itu adalah satu juga. Al quran menjelaskan jalan cerita. Sunnah adalah cara Nabi melakonkan jalan cerita versi Nabi Muhammad SAW. Dan versi Nabi adalah sebaik baik versi.
Aku adalah antara peminat Shahrukh Khan. Kerana kebijaksanaan beliau memainkan peranan sesebuah cerita itu menjadikan ia menarik. Walaupun ditonton berkali kali tiada perkataan jemu kita temui.Umpamanya cerita "Kabhi Khushi Kabhie Gham". Hilang kiraan berapa kali aku tonton cerita ni. Tapi ianya bukan berakhir disitu. Aku ambil pendekatan yang sama tapi bahan yang berbeza. AL QURAN. Jika kita menonton cerita, tumpuan kita adalah kepada pelakon utamanya. Kita akan faham jalan cerita tapi kurang penelitian akan seni yang diterapkan oleh pengarah. Contohnya pelakon latar, suasana sekeliling dan sebagainya. Jadi kalau kita menonton untuk kali kedua dan berikutnya kita akan lebih berani melihat itu semua. Barulah dapat penghayatan yang lebih.
Begitulah juga halnya dengan membaca Al Quran. Pertama membaca kemudian mengerti, faham dan hayati. Bila sudah dapat penghayatan barulah dapat kita cuba jiwai sepenuhnya. Jalan cerita dari Al Quran tapi lakonan versi kita dengan garis pandu dari versi Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment