Sejarah Melayu Online

Thursday, December 20, 2012

Kota Paris

Kabar yang indah sering membawa impian impian yang sempurna. Tapi kenyataannya................

Sebagai pelancung kami menginap disalah sebuah rumah tumpangan berhampiran Menara Eiffel. Selepas selesai bersihkan diri dibilik kami menuju ke menara yang terkenal tu. Sememangnya ramai pengunjung. Jika ingin naik ke puncak menara kena beratur panjang untuk dapatkan tikitnya. Kerana kami semua tak sanggup maka kami sekeluarga membeli tikit 'boat cruise" saja. Disinilah terjadi kejadian yang tidak dapat kami lupakan. Isteri aku hampir menjadi mangsa pencopet. Mujurlah salah seorang anak perempuan aku sedar dan dapat menghentikan niat jahat mereka.

Sesuatu yang pelik berlaku dalam diri aku pada masa tu. Tidak sedikit pun ada perasaan marah atas kejadian itu. Alam pada masa itu aku rasa sunyi. Walaupun aku dapat memandang keluarga aku dalam keadaan kekecohan. Aku hanya berharap semuanya selamat.

Sampai sekarang aku tidak pandang kejadian itu satu musibah sebaliknya ianya peringatan. Berhati hati walau dimanapun kita berada. Sekalipun berada dibumi Mekah...............

Wednesday, October 31, 2012

DEEPAVALI

Tiap tahun bila datangnya Deepavali orang yang aku paling ingat ialah MAK. Betapa rindunya aku bila terbayangkan wajahnya.........................

"Abang kau tak balik nampaknya" itulah kata katanya pada adik adik aku. Entah kenapa aku tidak gunakan hari cuti tu menziarahnya. Mungkin kerana itu penyesalan tidak pernah padam dalam diri ini. Betapa pun aku memberi sebab untuk tutup kesilapan itu ianya tetap wujud.

Masih segar dalam ingatan kali terakhir berjumpa mak. Sewaktu dia masih sehat. Aku sentuh pipinya dan aku cium lututnya memohon ampun sekiranya masih ada salah dan silap. "Dahlah Din, mak dah maafkan" Kata kata maaf tulah yang selama ini jadi penawar untuk aku lalui hari penyesalan aku. Namun masih rindu untuk menyentuh pipinya dan mencium lututnya lagi...................................

Friday, August 24, 2012

Jalan Cerita


Aku selalu menasihati anak anak supaya selalu membaca Quran. Bukan sekadar gaya baca tapi lebih dari itu.............

Sebagai bekal untuk kita bertemu dengan Allah dan KekasihNya di tinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnah. Bagi pendapat aku kedua dua itu adalah satu juga. Al quran menjelaskan jalan cerita. Sunnah adalah cara Nabi melakonkan jalan cerita versi Nabi Muhammad SAW. Dan versi Nabi adalah sebaik baik versi.

Aku adalah antara peminat Shahrukh Khan. Kerana kebijaksanaan beliau memainkan peranan sesebuah cerita itu menjadikan ia menarik. Walaupun ditonton berkali kali tiada perkataan jemu kita temui.Umpamanya cerita "Kabhi Khushi Kabhie Gham". Hilang kiraan berapa kali aku tonton cerita ni. Tapi ianya bukan berakhir disitu. Aku ambil pendekatan yang sama tapi bahan yang berbeza. AL QURAN. Jika kita menonton cerita, tumpuan kita adalah kepada pelakon utamanya. Kita akan faham jalan cerita tapi kurang penelitian akan seni yang diterapkan oleh pengarah. Contohnya pelakon latar, suasana sekeliling dan sebagainya. Jadi kalau kita menonton untuk kali kedua dan berikutnya kita akan lebih berani melihat itu semua. Barulah dapat penghayatan yang lebih.

Begitulah juga halnya dengan membaca Al Quran. Pertama membaca kemudian mengerti, faham dan hayati. Bila sudah dapat penghayatan barulah dapat kita cuba jiwai sepenuhnya. Jalan cerita dari Al Quran tapi lakonan versi kita dengan garis pandu dari versi Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, June 12, 2012

Harapan


Ingin ku buka pintu syurga
Tapi di tangan kunci neraka
Betapa pun sabar aku mencuba,
Pintu tetap tertutup jua

Aku mengaku menjadi hamba
Perilaku bagaikan raja
Tingkah tidak terpenjara
Hajat dunia sungguh selera

Apakah ada erti hidup
Disetiap udara yang dihirup
Disetiap jantung yang berdegup
Jika hati rapat tertutup

Bisakah hanya menunggu waktu
Datang panggilan sampai seru
Dapatkah bertahan jika dijemput
Mendengar salam Malaikat maut

Ampunilah aku yang banyak dosa
Bimbinglah aku kejalan sempurna
Bertemu dengan Mu amat ku damba
Engkaulah Allah tuhan yang Esa.

Melancung


Alhamdulillah. Akhirnya hendak juga benak ini mencetuskan ilham untuk tulisan kali ni. Itu pun dengan izin Allah jua.

Pada bulan March lalu aku berserta isteri melancung ke Korea Selatan. Hanya kami berdua je. Macam berbulan madu gitu. Tapi yang utama sekali kami selamat pergi dan kembali ketanah air.

Pengalaman. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Incheon kami disambut dengan "Ahn-Nyeong Hah-Seh-Yo". Dan hari hari berikutnya itu juga ucapan yang kami dengar walau di mana pun kami pergi.Satu cara yang mana pada pandangan aku sangat elok. Mau atau tidak kami pun terikut ikut. Mungkin sebutan kami lebih mirip kepada "Onion is sayur" tapi niat kami ucapan hello juga. Alangkah indahnya kalau umat islam dimana saja bertemu ucapkan "assalamualaikum" dan kembali diberi ucapan yang sama. Sayang sekali lebih banyak yang ucap "what up".............
Untuk pergi ketempat tempat menarik di sana kami memilih untuk mengunakan Seoul Metro. Ada beberapa kali kami hampir salah naik keretapi. Mujur orang orang korea ni sungguh prihatin. Mereka menawarkan diri untuk menolong walau terpisah dengan bahasa. Maka kami pun gunakan bahasa isyarat. Bukan isyarat apa pun. Hanya tunjuk nama tempat nak di tuju. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi. Alangkah baiknya jika semua umat Islam saling bantu membantu seperti itu. Sebelum mereka melangkah kepada kesesatan kita tunjukkan jalan. Dan yang menerima teguran tidak malu menerima nasihat.........

Tuesday, March 13, 2012

SABAR


Melewati umur separuh abad amat meletihkan. Mungkin atas kesedaran ini Nabi Muhammad SAW menyatakan umur umatnya sekitar 60 hingga 70 tahun. Dengan itu membangkitkan semangat unutk teruskan hidup kearah yang lebih bermakna. Bukan menunggu mati.
Sedar atau tidak kita senantiasa dalam proses pembelajaran. Sebagaimana didalam AlQuran mengatakan bahawasanya salah satu dari sifat sifat manusia ialah bodoh. Maka kita disuruh mencari ilmu. Supaya amal tidak sia sia.
Zaman kanak kanak aku tidaklah begitu indah. Namun aku tetap bersyukur. Sebab kehidupan zaman kanak kanak itulah yang membentuk aku menjadi manusia seperti ini. SABAR. Itulah ilmu pertama yang dapat aku pelajari melalui pengalaman. Mengadu hanya pada ALLAH. Kerana hanya ALLAH yang mengerti bahasa ku. Minta hanya pada ALLAH kerana kebanyakkan manusia tidak faham keinginan ku.
Proses yang panjang untuk aku mengerti lebuhraya yang sudah Allah sediakan buat aku dan setiap mahluknya yang lain. Di setiap kejadian ada SEBAB dan ada AKIBAT. Dengan sebab sebab itulah aku mendapatkan akibat untuk aku bersyukur menjadi hambaNya.
Allah tidak akan menguji manusia dengan kemungkaran."Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada mu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"