Kalau pendapatan tak cukup kenalah buat kerja sambilan. Aku pun adalah antara mereka yang berbuat demikian. Namun bagi aku bukan kerana tidak cukup tetapi kerana peluang yang di beri. Ada peluang rebut....................
Kerja sambilan aku adalah sebagai pencuci kereta. Arwah bapak aku pun pernah kerja cuci kereta. Tapi beliau melakukan kerana kurang kecukupan untuk membesarkan kami. Terpaksalah beliau tu buat kerja tu. Tapi aku pulak suka cuci kereta ni. Sebanyak 6 biji semuanya. Aku ambil ianya sebagai satu senaman. Maklumlah kerja di pejabat peluh pun segan nak melawat.
Baldi yag aku gunakan kecil. Jadi ia nya jadi sindiran oleh pencuci kereta lain. Bagi aku satu baldi satu kereta. Mereka pulak bawa baldi besar tapi cuci beberapa kereta. Samakan? Pagi ni pulak aku kena usik lagi. "Apalah engkau ni, baldi dahlah kecil. Kalau aku jadi tuan punya kereta aku tak bagi kau cuci." Tapi aku hanya senyum je. Hormat orang tua. Kalau tak pasal hormat hendak je aku cakap. "Cuci kereta dengan air satu baldi dah bagus tu. Kalau nanti aku buat tayamum (macam ambil wuduk kalau tak ada air kita gunakan debu) je kat kereta ni lagi terkejut." Ingat kata kata tu senyum dalam hati. He he he.....................
Friday, February 13, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Tampar Menampar
Sakit juga bila ditampar oleh Guru Bahasa Melayu semasa aku dalam darjah 4 hanya kerana tertinggal buku. Walaupun sudah berpuloh tahun tapi sakitnya masih terasa. Bukan dipipi tapi dihati. Entahlah bila akan pulih.
Setelah aku teliti apa yang dilakukan oleh GBM pada aku tidak sedikit pun ianya mendatangkan manfaat. Mungkin hanya memenuhi kehendak nafsu GBM. Maklumlah dulu kalau yang pukul itu guru, ibubapa tak dapat buat apa apa. "Tentu kau buat salah. Sebab itu di tampar." Tapi aku tidak percaya dengan pegangan kalimat itu. Mesti diteliti tingkah laku guru tersebut. Tidak boleh langsung saja di gunakan kata kata dan perbuatannya.
Dari kejadian itu aku cuba sedaya upaya tidak meletakkan tangan keatas anak anak aku. Namun begitu ada masanya aku terlanjur. Maklumlah kata orang tua tua "Sayang anak di pukul pukul." Tapi bukanlah aku nak ambil kesempatan diatas kuasa yang diberi. Aku juga manusia. Cuma bila difikirkan semula rasa sakit itu boleh membawa kepada dendam jika tidak diubati segera. Dari dendam akan bangkit pula penyakit penyakit lain. Terutamanya pHd-. Sedangkan pHd- (perasaan Hasad dengki) hendaklah di tinggalkan jauh jauh. Tapi pHd- inilah yang mudah diperolehi. Namun kesannya MasyaAllah. Itulah permulaan segala tingkah laku yang tidak elok. Nak ubatinya? Amatlah sukar. Samalah macam 'CANCER'. Susahkan.............

Thursday, February 5, 2009
Tak sempat bersyukur
Bagun pagi dibekalkan nafas tapi lupa bersyukur. Langsung di beri kesempatan memandang tapi lupa bersyukur. Di tambah lagi di beri pendengaran masih juga lupa bersyukur. Ditambah lagi kuasa untuk bergerak masih juga lupa bersyukur. Benarlah firman Allah dalam Al Quran 'sedikit dari mereka yang bersyukur.'........
Sekiranya di hari hari dimana aku lupa bersyukur dengan tiba tiba ajal melangkah masuk alangkah rugi kehidupan yang sudah aku lalui. Membawa bersama jenama "Sedikit Bersyukur" pada pakaian yang kekal. Kemana pergi pun orang akan mengenali dengan kalimat "Sedikit Bersyukur" Ayat dari Al Quran [17:44]- 'Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.' Kalau begitu mahluk Allah yang lain itu lebih baik dari aku. Aku ada banyak kekurangan. Bertasbih kurang. Memuji Allah kurang. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku sibukkan sehingga lupa bersyukur. Apa tanda tanda orang yang bersyukur........... Nak kena selidik lagi ni....................

Tuesday, February 3, 2009
Orang Baru
Pandangan Pertama sememangnya membawa kesan yang menakjubkan. Seperti jua buku dengan kulitnya. Sejauhmana kita dapat tangani keadaan...............
Dipejabat semalam ada orang baru. Dalam pandangan pertama saja banyak sudah aku dengar komen komen. Ada komen yang baik dan tidak kurang juga yang kurang baik. Bagi aku boleh dengar tapi tentang nak pakai cakap mereka tu tidaklah semudah itu. Tapis punya tapis. Saring punya saring. Dah betul betul jernih barulah ambil keputusan benar atau tidak. Kita nak komen tentang orang sedangkan kita sendiri belum tentu benarnya. Bercakap masih ada bohongnya. Bertindak masih ada silapnya. Jadi yang baik bagi aku berwaspada. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Jika tidak kerana kemurahan dan kasih sayang Allah tiada seorang manusia pun akan bersih dari dosanya" Maka dari itulah bila apa apa terjadi sama ada yang buruk atau yang baik gunakan pita ukur. Kalau yang baik kita bersyukur dan jika tidak elok kita perbaiki. Inilah langkah langkah orang yang sedar diri. Tapi sebagai manusia kita mudah lupa. Kenapa ya............

Subscribe to:
Comments (Atom)