Kalau pendapatan tak cukup kenalah buat kerja sambilan. Aku pun adalah antara mereka yang berbuat demikian. Namun bagi aku bukan kerana tidak cukup tetapi kerana peluang yang di beri. Ada peluang rebut....................
Kerja sambilan aku adalah sebagai pencuci kereta. Arwah bapak aku pun pernah kerja cuci kereta. Tapi beliau melakukan kerana kurang kecukupan untuk membesarkan kami. Terpaksalah beliau tu buat kerja tu. Tapi aku pulak suka cuci kereta ni. Sebanyak 6 biji semuanya. Aku ambil ianya sebagai satu senaman. Maklumlah kerja di pejabat peluh pun segan nak melawat.
Baldi yag aku gunakan kecil. Jadi ia nya jadi sindiran oleh pencuci kereta lain. Bagi aku satu baldi satu kereta. Mereka pulak bawa baldi besar tapi cuci beberapa kereta. Samakan? Pagi ni pulak aku kena usik lagi. "Apalah engkau ni, baldi dahlah kecil. Kalau aku jadi tuan punya kereta aku tak bagi kau cuci." Tapi aku hanya senyum je. Hormat orang tua. Kalau tak pasal hormat hendak je aku cakap. "Cuci kereta dengan air satu baldi dah bagus tu. Kalau nanti aku buat tayamum (macam ambil wuduk kalau tak ada air kita gunakan debu) je kat kereta ni lagi terkejut." Ingat kata kata tu senyum dalam hati. He he he.....................
No comments:
Post a Comment