Sakit juga bila ditampar oleh Guru Bahasa Melayu semasa aku dalam darjah 4 hanya kerana tertinggal buku. Walaupun sudah berpuloh tahun tapi sakitnya masih terasa. Bukan dipipi tapi dihati. Entahlah bila akan pulih.
Setelah aku teliti apa yang dilakukan oleh GBM pada aku tidak sedikit pun ianya mendatangkan manfaat. Mungkin hanya memenuhi kehendak nafsu GBM. Maklumlah dulu kalau yang pukul itu guru, ibubapa tak dapat buat apa apa. "Tentu kau buat salah. Sebab itu di tampar." Tapi aku tidak percaya dengan pegangan kalimat itu. Mesti diteliti tingkah laku guru tersebut. Tidak boleh langsung saja di gunakan kata kata dan perbuatannya.
Dari kejadian itu aku cuba sedaya upaya tidak meletakkan tangan keatas anak anak aku. Namun begitu ada masanya aku terlanjur. Maklumlah kata orang tua tua "Sayang anak di pukul pukul." Tapi bukanlah aku nak ambil kesempatan diatas kuasa yang diberi. Aku juga manusia. Cuma bila difikirkan semula rasa sakit itu boleh membawa kepada dendam jika tidak diubati segera. Dari dendam akan bangkit pula penyakit penyakit lain. Terutamanya pHd-. Sedangkan pHd- (perasaan Hasad dengki) hendaklah di tinggalkan jauh jauh. Tapi pHd- inilah yang mudah diperolehi. Namun kesannya MasyaAllah. Itulah permulaan segala tingkah laku yang tidak elok. Nak ubatinya? Amatlah sukar. Samalah macam 'CANCER'. Susahkan.............
No comments:
Post a Comment