Dalam menungan hari ini terfikir pula. Apa agaknya perasaan orang yang sudah tahu hari kematiannya. Sebagai Nabi Muhammad S.A.W. Beliau punya kesempatan memberi khutbah terakhir. Kita pula macam mana ya..........................
Jikalau kita ini di beri pengetahuan tentang hari kematian belum tentu kita akan senantiasa buat kebaikkan. Sebabnya pada masa inilah Jin, Syaitan dan Iblis berusaha mengagalkan kita supaya tidak menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sah lagi benar. Dan juga supaya gagal menjadi hamba Allah yang di ampuni dan di redhai. Kesukaran bertimpa timpa. Tapi Nabi Muhammad SAW sudah memberi sebaik baik senjata. BERDOA. Itulah sebaik baik senjata orang mukmin. Orang mukmin itukan orang yang percaya. Maka percayalah pertolongan akan tiba dari Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Menjelang waktu kematian kita akan di uji dengan ujian yang terakhir. Macam Peperiksaan Akhir Tahun. Tapi ini bukan akhir tahun. Ini Peperiksaan Akhir Hayat. Adalah sesuatu yang kita buat diluar lumrah kejadian biasa. Bagaimana perasaan kita kala itu. Bangga, Sombong, Riak atau Tunduk Malu kerana mengenangkan kecilnya amalan jika di bandingkan dengan anugerah dari Allah.
Tapi itu semua bergantung dengan Ilmu dan Amal. Jadi jangan berhenti mencari ILMU dan usahakan untuk berAMAL. Cakap mudah tapi nak buat tu............................
Tuesday, March 24, 2009
Friday, March 6, 2009
Hari Jumaat
Jumaat sememang hari yang di nanti. Setelah lima hari berkerja kini tiba hari untuk berehat. Leganya..................
Tapi sebagai seorang Muslim yang bertanggung jawab kini bukan masa untuk berehat. Kalau disini tempat berehat sudah tentu Syurga sudah jadi nyata. Muslim yang sebenar akan di benarkan menikmati syurga yang dijanjikan oleh Allah. Tapi itu hanya harapan kita buat masa ini. Berkerja untuk akhirat. Benar kata Nabi "Bagi seorang Muslim semua perkara jadi baik. Bila susah dia sabar, itu baik untuknya. Bila senang dia bersyukur itu juga baik untuknya." Dari kata kata itu sudah sewajarnya kita menikmati kehidupan ini dengan Sabar dan Syukur. Sabar melakonkan kewajipan seorang Muslim dan melakonkan kewajipan seorang Muslim kerana berSyukur. Kata kata itu macam tonggang tebalik tapi itulah dia. Cuba lakonkan............................

Tuesday, March 3, 2009
Salam
Bila aku fikirkan tentang beri salam. Terfikir pula untuk apa kita beri salam. Apa pula tujuan beri salam. Ada pula aturannya 'Yang berkenderaan beri salam pada orang yang berjalan, yang berjalan beri salam pada orang yang duduk dan sebagainya.' Macam mana melakonkanya..............
Bila aku renungkan hal keadaan memberi salam. Kalau zaman ini sesiapa yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki besar kemungkinan kena cap. "ORANG GILA" Bagaimana pula bila kita kerumah seseorang dalam hal keadaan marah. Memang tujuan ke rumahnya nak memarahi beliau. Sampai depan pintu kita beri salam "Assalammualaikum". Beliau dari dalam rumah pun menjawab "Waalaikumsalam" Buka saja pintu kita pun mulalah berkhutbah. Beliau pun balas dengan hujjahnya. Maka jadilah pertengkaran. Di sini mana salamnya. Tak ada. Jadi apakah sebenarnya yang di kehendaki atau tujuan beri salam ini.
Pada pendapat aku beri salam itu adalah memberi bantuan. Meringankan bebanan. Mengeratkan tali persaudaraan. Kerana aku pernah di tanya oleh seorang Alim. "Kau beri salam mana salamnya?" Aku di tinggalkan dengan persoalan tanpa jawapan. Setelah bertahun melalui hidup ini baru aku sedar. Ada ucapan salam maka adakanlah perbuatan salam................

Subscribe to:
Comments (Atom)