Bila aku fikirkan tentang beri salam. Terfikir pula untuk apa kita beri salam. Apa pula tujuan beri salam. Ada pula aturannya 'Yang berkenderaan beri salam pada orang yang berjalan, yang berjalan beri salam pada orang yang duduk dan sebagainya.' Macam mana melakonkanya..............
Bila aku renungkan hal keadaan memberi salam. Kalau zaman ini sesiapa yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki besar kemungkinan kena cap. "ORANG GILA" Bagaimana pula bila kita kerumah seseorang dalam hal keadaan marah. Memang tujuan ke rumahnya nak memarahi beliau. Sampai depan pintu kita beri salam "Assalammualaikum". Beliau dari dalam rumah pun menjawab "Waalaikumsalam" Buka saja pintu kita pun mulalah berkhutbah. Beliau pun balas dengan hujjahnya. Maka jadilah pertengkaran. Di sini mana salamnya. Tak ada. Jadi apakah sebenarnya yang di kehendaki atau tujuan beri salam ini.
Pada pendapat aku beri salam itu adalah memberi bantuan. Meringankan bebanan. Mengeratkan tali persaudaraan. Kerana aku pernah di tanya oleh seorang Alim. "Kau beri salam mana salamnya?" Aku di tinggalkan dengan persoalan tanpa jawapan. Setelah bertahun melalui hidup ini baru aku sedar. Ada ucapan salam maka adakanlah perbuatan salam................
No comments:
Post a Comment