Dalam menungan hari ini terfikir pula. Apa agaknya perasaan orang yang sudah tahu hari kematiannya. Sebagai Nabi Muhammad S.A.W. Beliau punya kesempatan memberi khutbah terakhir. Kita pula macam mana ya..........................
Jikalau kita ini di beri pengetahuan tentang hari kematian belum tentu kita akan senantiasa buat kebaikkan. Sebabnya pada masa inilah Jin, Syaitan dan Iblis berusaha mengagalkan kita supaya tidak menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sah lagi benar. Dan juga supaya gagal menjadi hamba Allah yang di ampuni dan di redhai. Kesukaran bertimpa timpa. Tapi Nabi Muhammad SAW sudah memberi sebaik baik senjata. BERDOA. Itulah sebaik baik senjata orang mukmin. Orang mukmin itukan orang yang percaya. Maka percayalah pertolongan akan tiba dari Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Menjelang waktu kematian kita akan di uji dengan ujian yang terakhir. Macam Peperiksaan Akhir Tahun. Tapi ini bukan akhir tahun. Ini Peperiksaan Akhir Hayat. Adalah sesuatu yang kita buat diluar lumrah kejadian biasa. Bagaimana perasaan kita kala itu. Bangga, Sombong, Riak atau Tunduk Malu kerana mengenangkan kecilnya amalan jika di bandingkan dengan anugerah dari Allah.
Tapi itu semua bergantung dengan Ilmu dan Amal. Jadi jangan berhenti mencari ILMU dan usahakan untuk berAMAL. Cakap mudah tapi nak buat tu............................
No comments:
Post a Comment