Sejarah Melayu Online

Wednesday, January 28, 2009

Dulu lain Sekarang lain

Adakalanya kita terlupa siapa kita. Adakalanya tidak mengenal siapa kita. Jadi ini salah siapa......

Di waktu aku masih remaja dulu mencari ilmu dalam perkara agama menjadi satu perkara yang selayaknya di lakukan oleh setiap orang. Mengaji, belajar solat, belajar silat adalah antara perkara yang menjadikan sesaorang di pandang dalam sesebuah masyarakat. Contohnya sebelum Kadi mengoncang tangan kita untuk menjawab lafaz nikah kita di kehendaki menjawab beberapa soalan dalam perkara agama. Jadi sebelum berumahtangga sesaorang itu mesti punyai asas pengetahuan Islam. Kalau perempuannya pula di adakan majlis khatam Quran. Ini juga menjadikan sesaorang perempuan itu belajar mengaji. Ada kebaikkannya di belakang hari. Sebab wanita ini akan menjadi tunggak kekuatan ahli ahli dalam sesebuah rumahtangga. Sekurang kurangnya mengajar anak anaknya mengaji.

Tapi zaman berubah. Kehendak keadaan sekeliling merubah tujuan hidup kebanyakkan dari kita. Berijazah, berpangkat, ramai kenalan adalah antara keperluan masa kini. Sudah jarang kita dengar ada orang yang bersendiri untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. Kebanyakkannya memerlukan teman atau kawan untuk bertindak melakukan sesuatu.

Lumrah alam. Perubahan perlu di sambut. Kedatangannya tidak dapat dielak. Akal yang di kurniakan oleh Allah mudah mudahan dapat memberi pertimbangan yang baik. Sebagai seorang yang sudah melalui perjalanan yang jauh ni hanya dapat melihat dan memberi nasihat untuk diri sendiri serta untuk sesiapa yang sudi menerima.................................. INGATLAH KEPADA ALLAH

Friday, January 23, 2009

Cuti datang lagi

Tahun baru Cina hari Isnin tapi hari Jumaat dah rasa bahangnya. Hari ini baru hari Jumaat tapi satu panggilan dari pelanggan pun tak ada. Kenapa ya..........

Begitulah hebatnya mereka yang dapat memegang tampok ekonomi. Di dunia ini WANG merupakan satu dari kuasa kuasa besar. Berupaya mendamaikan mereka yang berperang dan boleh juga memorak merandakan mereka yang pernah damai. Tapi apa pun JANGAN LUPA DENGAN KUASA YANG MAHA BESAR ia itu ALLAH YANG MAHA BESAR. Sebab kuasa kuasa yang ada di atas bumi ini tidak boleh kita bawa pulang ke akhirat. Tetapi jasa baik dari pengunaan kuasa kuasa yang ada dibumi akan dapat balasan yang setimpal. Contohnya mengunakan wang yang di perolehi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Zakat adalah suatu kaedah yang terbaik untuk memurnikan tujuan kehidupan ini. Mendekatkan jurang kemampuan yang jauh diantara yang kaya dan yang miskin. Jika perlaksanaan zakat di sempurnakan dengan saksama maka tiadalah pertelagahan. Kalaulah aku teringatkan golongan fakir miskin dan anak yatim ini adakalanya aku rasa berdosa bila menyuap nasi kedalam mulut aku. Tergambar wajah wajah dalam tangisan. Wajah wajah yang menbutuhkan bantuan untuk sesuap nasi. Sebak rasanya. Bila bila nanti aku sambung lagi............................

Tuesday, January 20, 2009

Putih atau Hitam

"Putih kata aku putihlah. Kalau hitam kata aku hitamlah." Inilah kata kata yang sering kita dengar dari orang tua kita. Itu ke yang sepatutnya berlaku.

Bagi aku bagaimana dan di mana suasana kita di besarkan banyak memberi kesan. Keakraban hubungan dengan ibu bapa juga mengambil tempat yang besar dan utama dalam melaksanakan kalimat yang di letakkan di atas bahu kita. "Hormatilah kedua orang tua mu" itu adalah suatu kalimat yang berbentuk perintah dari Allah yang di salurkan melalui RasulNya Nabi Muhammad S.A.W. Sejauhmana perlaksanaannya amatlah bergantung kepada SABAR, TENANG dan YAKINnya kita kepada kalimat kalimat yang di suratkan di dalam Al Quran.

IbuBapa adalah manusia jua. Apabila bergelar IBU BAPA maka darjatnya di angkat. Tetapi kenapa Allah meletakkan kedudukan IbuBapa di suatu tempat yang tinggi. Nanti aku seledik lagi......... Timba ilmu tak pernah sudah. Amal pula tak pernah cukup. Gali dan galilah lagi sehingga bertemu mutiara yang hilang....................

Wednesday, January 14, 2009

Tak Cukup Masa

Kalau nak difikirkan dalam sehari semalam tetap 24jam. Tapi adakalanya masa yang sebegitu panjang di rasakan kurang. Kenapa agaknya?

Dari sudut pandangan peribadi aku rasa kerana keinginan yang berlebihan. Sebab di dalam tubuh kita yang pada hakikatnya mati ini ada satu kuasa yang mengajak kita untuk terus hidup. Iaitu KEINGINAN atau lebih di kenali sebagai NAFSU. Ialah yang menerbitkan cita cita. Tidak pula dia mengambil kira sama ada ianya Halal atau Haram, Mampu di perolehi atau tidak dan sebagainya. Di sinilah kita memerlukan AKAL yang bersandarkan ILMU. Tugasnya sebagai PENASIHAT. Menimbang antara yang baik atau yang buruk, mampu atau tidak. Dari itu kenalah berhati hati dalam memilih jalan dalam perjalanan hidup. ILMU mesti di tuntut. Itu hak kita. Kalau kita tidak tuntut tiada siapa yang akan beri. Setelah berILMU barulah berAMAL. Barulah elok perjalanan kita. Hidup pun teratur. Tidaklah kelang kabut tak tentu arah sehinggakan TAK CUKUP MASA. Hanya sebuah cetusan fikiran..........

Monday, January 12, 2009

Cuti Cuti dan akibatnya

Musim cuti yang lalu ramai juga yang melancung. Tapi bagi aku cukuplah sekadar berehat di rumah. Aku tak tahu bagaimana pandang orang lain tentang bercuti. Apa sebab kita bercuti? Apa pula akibat bercuti?

Dari sudut pandangan aku. Bercuti sebab nak kembalikan kecergasan mental dan tubuh badan. Kita keluar dari sesuatu yang kita selalu buat. Kalau biasanya dari hari Isnin sampai Jumaat biasanya aku pegang pen maka kalau bercuti bolehlah aku pegang penyapu. Menyapu lantai pun perlukan seni. Tapi seni menyapu lebih mudah dari seni tulis. Dua dua ada manfaat dan ada mudarat. Apa tidaknya. Jika silap cara menyapu habuk habuk akan berlumba nak masuk lubang hidung. Kalau bagi orang yang berpenyakit semput melaratlah jawabnya. Berperang untuk sembuh dari penyakit. Begitu juga menulis. Kalau tidak menulis dengan pengunaan kata kata yang betul nanti akan ada salah faham. Akibatnya peperangan. Tak tahulah dengan siapa. Tapi perang juga adanya.

Akibat bercuti ada dua. Akibat pertama kita dapatlah kembalikan kecergasan. Dan akibat kedua kita dapat masaalah apabila belanja berlebihan. Nasib baik cuti aku cuti yang manfaat. Memperhalusi seni menyapu lantai. Udara yang aku hidu hari ni sungguh nyaman...............

Hari Pertama

Hari pertama sememangnya sesuatu yang mendebarkan. Seperti hari ini. Hari Isnin, permulaan hari hari kerja yang akan aku lalui. Walau sudah sembilan tahun berkerja di sini tapi tetap berdebar. Maklumlah kita tidak punya keistimewaan memandang kejadian yang akan berlaku.

Kalau ikut hati mahu saja duduk di rumah. Tapi sebagai manusia biasa kenalah usaha. Kata kata yang biasa kita dengar "Buat baik balas baik, buat jahat balasannya jahat." Maka kenalah buat baik untuk diri sendiri. Mudah mudahan dapat balasan baik.

Debar yang aku maksudkan di atas adalah kerana kekuatiran tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna. Kerja adalah satu amanah yang di beri. Ianya juga merupakan peluang yang di beri Allah kepada kita untuk menunjukkan bakti.

Sebagaimana FirmanNya [2:177]- "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. "

Itulah yang mendebarkan. Namun akan terus perbaiki. Aku doakan aku berjaya.........

Sunday, January 11, 2009

Sapi Betina

Sapi Betina adalah surah kedua dalam urutan surah surah dalam Al Quran. Tapi apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari urutan surah surah itu. Hem................. Masih mencari jawapan yang pasti.


Sifat sifat seperti Sapi Betina tu perlu diubah. Pergaulan yang tak kenal erti setia. Perbanyak anak dan bermacam macam lagi.


Bercakap pasal ANAK atau keturunan. Mungkin di zaman ini manusia sebelah negara maju tidak mahukan banyak anak. Atas alasan sibuk. Tapi bagi aku kalau kita tidak memperbanyak anak bermakna kita menurut sunah Nabi. Kalau mengikut anjuran beliau (Nabi Muhammad SAW) kita disuruh memperbanyakkan umat. Umat tu tidak semestinya keturunan kita. Umat mungkin datang dari bangsa yang berbeza, warna kulit yang tidak sama tapi dengan satu tujuan. Membesarkan ALLAH.


Sudahkah Nabi Muhammad SAW tu benar benar mengakui aku ni sebagai umatnya yang sah dan benar? Aku sendiri yang belum dapat jawapan yang pasti. Masih TUNGGU..................................

Friday, January 9, 2009

Mustika Pena

MUSTIKA dalam nyayian M. Nasir mungkin berbeza maksud.
Tapi tak banyak beza dalam pengertiannya. MUSTIKA yang aku cari masih mahu sembunyikan diri. Kadang kadang rasa macam pernah nampak tapi..............

PENA suatu alat untuk menulis. Tapi bagi aku yang baru belajar menulis masih kaku melayangkan coretan. Mungkin belum biasa. Aku akan senantiasa memulakan sesuatu dengan titik.............