Sejarah Melayu Online

Friday, January 23, 2009

Cuti datang lagi

Tahun baru Cina hari Isnin tapi hari Jumaat dah rasa bahangnya. Hari ini baru hari Jumaat tapi satu panggilan dari pelanggan pun tak ada. Kenapa ya..........

Begitulah hebatnya mereka yang dapat memegang tampok ekonomi. Di dunia ini WANG merupakan satu dari kuasa kuasa besar. Berupaya mendamaikan mereka yang berperang dan boleh juga memorak merandakan mereka yang pernah damai. Tapi apa pun JANGAN LUPA DENGAN KUASA YANG MAHA BESAR ia itu ALLAH YANG MAHA BESAR. Sebab kuasa kuasa yang ada di atas bumi ini tidak boleh kita bawa pulang ke akhirat. Tetapi jasa baik dari pengunaan kuasa kuasa yang ada dibumi akan dapat balasan yang setimpal. Contohnya mengunakan wang yang di perolehi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Zakat adalah suatu kaedah yang terbaik untuk memurnikan tujuan kehidupan ini. Mendekatkan jurang kemampuan yang jauh diantara yang kaya dan yang miskin. Jika perlaksanaan zakat di sempurnakan dengan saksama maka tiadalah pertelagahan. Kalaulah aku teringatkan golongan fakir miskin dan anak yatim ini adakalanya aku rasa berdosa bila menyuap nasi kedalam mulut aku. Tergambar wajah wajah dalam tangisan. Wajah wajah yang menbutuhkan bantuan untuk sesuap nasi. Sebak rasanya. Bila bila nanti aku sambung lagi............................

No comments:

Post a Comment