Sejarah Melayu Online

Wednesday, January 14, 2009

Tak Cukup Masa

Kalau nak difikirkan dalam sehari semalam tetap 24jam. Tapi adakalanya masa yang sebegitu panjang di rasakan kurang. Kenapa agaknya?

Dari sudut pandangan peribadi aku rasa kerana keinginan yang berlebihan. Sebab di dalam tubuh kita yang pada hakikatnya mati ini ada satu kuasa yang mengajak kita untuk terus hidup. Iaitu KEINGINAN atau lebih di kenali sebagai NAFSU. Ialah yang menerbitkan cita cita. Tidak pula dia mengambil kira sama ada ianya Halal atau Haram, Mampu di perolehi atau tidak dan sebagainya. Di sinilah kita memerlukan AKAL yang bersandarkan ILMU. Tugasnya sebagai PENASIHAT. Menimbang antara yang baik atau yang buruk, mampu atau tidak. Dari itu kenalah berhati hati dalam memilih jalan dalam perjalanan hidup. ILMU mesti di tuntut. Itu hak kita. Kalau kita tidak tuntut tiada siapa yang akan beri. Setelah berILMU barulah berAMAL. Barulah elok perjalanan kita. Hidup pun teratur. Tidaklah kelang kabut tak tentu arah sehinggakan TAK CUKUP MASA. Hanya sebuah cetusan fikiran..........

1 comment: