Sejarah Melayu Online

Monday, January 12, 2009

Cuti Cuti dan akibatnya

Musim cuti yang lalu ramai juga yang melancung. Tapi bagi aku cukuplah sekadar berehat di rumah. Aku tak tahu bagaimana pandang orang lain tentang bercuti. Apa sebab kita bercuti? Apa pula akibat bercuti?

Dari sudut pandangan aku. Bercuti sebab nak kembalikan kecergasan mental dan tubuh badan. Kita keluar dari sesuatu yang kita selalu buat. Kalau biasanya dari hari Isnin sampai Jumaat biasanya aku pegang pen maka kalau bercuti bolehlah aku pegang penyapu. Menyapu lantai pun perlukan seni. Tapi seni menyapu lebih mudah dari seni tulis. Dua dua ada manfaat dan ada mudarat. Apa tidaknya. Jika silap cara menyapu habuk habuk akan berlumba nak masuk lubang hidung. Kalau bagi orang yang berpenyakit semput melaratlah jawabnya. Berperang untuk sembuh dari penyakit. Begitu juga menulis. Kalau tidak menulis dengan pengunaan kata kata yang betul nanti akan ada salah faham. Akibatnya peperangan. Tak tahulah dengan siapa. Tapi perang juga adanya.

Akibat bercuti ada dua. Akibat pertama kita dapatlah kembalikan kecergasan. Dan akibat kedua kita dapat masaalah apabila belanja berlebihan. Nasib baik cuti aku cuti yang manfaat. Memperhalusi seni menyapu lantai. Udara yang aku hidu hari ni sungguh nyaman...............

No comments:

Post a Comment